Monday, October 12, 2009

resepi saye....

CARA MEMBUAT MEE DAN KUETIAU

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/kuey%20teow.jpg

Saya sering merasa was-was bila membeli mee basah dan kuetiau basah
di pasar. Bolehkah puan memberikan resipi membuat kedua-dua bahan
tersebut supaya saya boleh membuatnya sendiri?

MEE KUNING
350 gm tepung berprotein tinggi (diayak)
2 biji putih telur masin
Sedikit pewarna kuning
½ camb air alkali (boleh didapati di farmasi - alkaline water)
100 ml air
Tepung ubi/sagu secukupnya
Air untuk merebus
Minyak masak secukupnya

Cara membuatnya:
Campurkan air alkali dan air. Pukul putih telur masin dan pewarna kuning menggunakan garfu. Gaulkan tepung dengan campuran air dan telur tadi hingga adunan menjadi doh. Uli di atas papan pencanai bertepung hingga doh licin (smooth). Canaikan setebal 1 cm dan potong menjadi 4 bahagian.

Taburkan tepung ubi rata-rata (supaya ia tidak melekat) kemudian tutup dengan sehelai tuala dapur yg bersih. Mulakan menggelek doh dengan ketebalan maksima pada mesin mee. Selepas itu, gelek dengan ketebalan yg sesuai untuk mee.

Kemudian, gelek pada pemotong halus dan taburkan tepung ubi pada mee agar ia tidak melekat. Sediakan dulang besar di bawah pemotong agar mee itu terus ‘terbentuk’ di situ (tidak perlu memegangnya dengan tangan).

Sediakan periuk besar dengan air mendidih. Masukkan 1 camb minyak. Bubuh mee tadi kemudian masak selama 2 minit. Angkat dan tuskan sebelum digaul dengan 1-2 camb minyak. Biar sejuk sebelum digunakan di dalam mee goreng atau mee rebus.

Untuk membuat Kuetiau
Campurkan 160 gm tepung beras, 2 sudu makan tepung ubi dan 1 sudu makan tepung tang mein (wheat starch) dengan 900 ml air. Masukkan 1 sudu teh garam dan 1 sudu makan minyak, kacau rata. Alas tin empat segi dengan kain muslin yang lembap. Tuangkan adunan tadi membentuk lapisan nipis di atasnya. Kukus dengan api kuat selama 3-5 minit. Sapu sedikit minyak di atas permukaan rata, terbalikkan tin di atasnya, dan ketepikan kain muslin tadi. Sapu sedikit minyak di atasnya. Buat beberapa lapis barulah dipotong mengikut lebar kuetiau yang biasa.

Sunday, October 11, 2009

pertama HaRI ku BuAt..BlOg InI.....

gEmBiRa SuNgGuH aKu ApAbIlA bLoG AkU sUdAh SiAp.
YaNg TuKaNg BuAt BlOg InI iAlAh AnAk sAyA ialah
MOHD IRFAN B. ABDUL LATIP.


sEkIaN tErImA kAsEH
bYE BYE BYE BEY.....
BYE BEY PAK LEBAI...........